Sunday, 8 January 2012

Penampilan 'Kedua' buat Henry

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan Thierry Henry bakal diturunkan pada aksi pusingan ketiga Piala FA menentang Leeds United awal pagi esok.

Penyerang Perancis itu akan membuat penampilan ‘kedua’ selepas menyertai skuad The Gunners pada tahun 1999.

Henry didaftarkan tepat pada masanya untuk perlawanan di Stadium Emirates itu meskipun Wenger tidak pasti adakah pemain berusia 34 tahun itu akan bermain sepenuh masa pada perlawanan menentang kelab Kejuaraan Liga itu atau sebagai pemain simpanan, sekali gus melebarkan rekod jaringan ke-226 bersama Arsenal.

Penyerang New York Red Bulls itu dijangka diberi sambutan yang meriah oleh para penyokong Arsenal sepanjang enam minggu setengah berada bersama pasukan itu.

“Ia mengambil sedikit masa untuk melengkapkan kertas kerja tetapi akhirnya ia dapat diselesaikan,” kata Wenger.

“Dia (Henry) akan bermain pada perlawanan menentang Leeds tetapi saya belum membuat keputusan mengenai apa yang akan saya lakukan.

No comments:

Post a Comment