Wednesday, 4 January 2012

Lampard Luah Ketidakpuashatian Terhadap AVB


LAMPARD (depan) sudah berani bersuara selepas melihat prestasi tidak menentu yang dipersembahkan oleh Chelsea musim ini.


LONDON - Frank Lampard seakan-akan memberi bayangan yang dia tidak berpuas hati dengan pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas.

Pemain tengah England menyuarakan kenyataan tersebut selepas Villas-Boas mendakwa Chelsea sudah terkeluar daripada perebutan gelaran Liga Perdana England musim ini.

Lampard menjaringkan gol kemenangan Chelsea ketika menewaskan Wolverhampton Wanderers 2-1, sekali gus memintas kedudukan Arsenal di tempat keempat liga pada Isnin lalu.

Ketika ini, skuad The Blues berjaya mengumpul 37 mata, hanya ketinggalan lapan mata di belakang Manchester United yang menghuni tempat kedua liga.

Manakala Manchester City mengumpul 48 mata, sekali gus mengukuhkan kedudukan di persada liga selepas membelasah Liverpool 3-0 awal pagi semalam.

Kemenangan Chelsea itu turut menamatkan aksi hambar skuad The Blues yang hanya mencatat tiga seri dan kalah sekali dalam empat perlawanan sejak menewaskan City pada bulan lalu.

Lampard menegaskan bahawa Villas-Boas sepatutnya mengekalkan kepercayaan kepada para pemain utama pasukan itu yang telah dibentuk oleh bekas pengurus, Jose Mourinho.

"Hakikatnya, kami berada dalam kelompok empat pasukan teratas pada Tahun Baharu 2012 dan ia sepatutnya menaikkan lagi semangat para pemain," kata Lampard.

"Saya sedikit kecewa apabila melihat kedudukan kami dalam liga dan kami bukan tunggal yang ketinggalan di belakang pendahulu liga, City.

"Kami semua boleh berasa kecewa dengan situasi seperti ini tetapi kami perlu memastikan yang pasukan ini akan bangkit segera.

"Semua pemain dalam skuad ini harus berjuang untuk memenangi gelaran liga dan sekarang jurang mata sudah menjadi agak jauh.

"Namun, kamu kena ada pemikiran seperti ini kerana jika tidak, kamu akan terus ketinggalan dalam kelompok empat pasukan terbaik."

No comments:

Post a Comment