Thursday, 12 January 2012

Hughes Yakin QPR Kelab Terbaik Untuknya

LONDON: Pengurus Queens Park Rangers, Mark Hughes percaya beliau mampu menyelamatkan pasukan itu daripada tersingkir dan mengukuhkan kedudukan sebagai kelab Liga Perdana pada masa depan.

Pada sidang media pertamanya di Loftus Road sejak menggantikan Neil Warnock sebagai pengurus Selasa lalu, bekas bos Wales berusia 48 tahun itu berkata beliau mahu kekal dalam tempoh yang lama selepas mengendalikan Manchester City dan Fulham dalam tempoh yang singkat sejak tiga tahun lalu.


QPR kini satu mata dan berada satu tangga daripada zon penyingkiran serta dalam bahaya untuk terus kembali ke Liga Kejuaraan selepas 15 tahun tersisih daripada liga utama.

Hughes berkata: “Beberapa kali saya tidak memegang jawatan pengurus dalam tempoh yang lama walaupun saya mahukannya, jadi sekarang saya mahu kekal dalam tempoh yang lama.


“Saya baru mengharungi sesi latihan hari pertama, saya pasti tidak terfikir untuk meninggalkannya. Saya tidak sabar dan gembira dengan keputusan yang saya buat serta sangat teruja apa yang menanti kami.


“Saya perlu mendapat semua fakta dan memahami aspirasi QPR pada masa depan,” katanya

“Mereka adalah kelab yang mahu mencapai tahap tertentu dan membinanya bermula di peringkat akar umbi dan ia sangat sesuai dengan hala tuju karier saya.”

No comments:

Post a Comment