Tuesday, 17 January 2012

Henry Luah Kemarahan Kepada Peminat

LONDON: Thierry Henry terbabit dalam konfrontasi dengan peminat selepas kekalahan mengejut Arsenal di tangan Swansea di tempat lawan, malam kelmarin.

Bekas pemain antarabangsa Perancis itu memanggil seorang peminatnya turun ke padang secara agresif selepas Gunners kecundang kepada Swansea yang bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menang 3-2.


Henry yang dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-63 kehilangan bola dan pemain Swansea mengambil kesempatan itu untuk menjaringkan gol kemenangan.

Pemain legenda yang dipinjam Gunners sebelum ini menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir ketika mengatasi Leeds pada kempen Piala FA minggu lalu, mengetuai pasukan memberi tepukan tahniah kepada peminat yang terus menyokong sebelum seorang peminat cuba melepaskan kemarahan akibat kekalahan itu.


Jurucakap kelab mendakwa Henry berkata: “Tidak kira apa sekalipun anda seharusnya menyokong pasukan.” Rakaman video bagaimanapun menunjukkan Henry dalam keadaan marah menuding jarinya ke arah peminat di bangku penonton dan memberi amaran dengan suara yang keras.

No comments:

Post a Comment