Sunday, 30 October 2011

Skuad Rusa Takluk Piala Malaysia



NEGERI SEMBILAN kembali ditabalkan selaku juara Piala Malaysia. Kemenangan 2-1 ke atas Terengganu pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi membolehkan skuad Hoben Jang Hoben kembali menjulang piala berprestij itu.

Ia merupakan kejayaan ketiga Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia selepas edisi 1948 dan 2009.

Bagi Terengganu pula, skuad Peteh itu gagal mengulangi pencapaian sedekad yang lalu dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia.

Kekalahan itu juga sekali gus menyebabkan Terengganu gagal dalam misi merangkul gelaran berganda musim ini selepas mereka muncul juara Piala FA pada Jun lalu.

Pada aksi malam tadi, kedua-dua pasukan dilihat menampilkan corak permainan seimbang sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.

Selepas gagal memecahkan kebuntuan gol pada babak pertama, Terengganu terlebih dahulu menceriakan kira-kira 35,000 penyokong skuad Penyu yang hadir menyaksikan aksi final di stadium.

Pemain sayap, Mohd. Ashaari Samsudin berjaya menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias untuk gol pertama Terengganu pada minit ke-59.

Tersentak dengan jaringan itu, Negeri Sembilan bingkas bangkit menguasai perlawanan bagi memburu gol penyamaan.

Hasilnya, pemain sayap lincah, S. Kunanlan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-81 selepas rembatannya dari sebelah kanan pintu gol Terengganu gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol, Mohd. Sharbinee Alllawee.

Hairuddin mengesahkan kemenangan Negeri Sembilan apabila meledak gol berselang lima minit kemudian selepas menyudahkan hantaran lintang kapten, Shukor Adan.

Ia dianggap detik cukup istimewa bagi Hairuddin, 32, kerana dia turut menjaringkan gol dalam dua edisi final sebelum ini.

Pada edisi 2009, Hairuddin yang dipinjamkan ke Negeri Sembilan dari kelab T-Team, berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan menarik, sekali gus mengecewakan Kelantan 3-1 di pentas final.

Ketika menyarung jersi Kelantan musim lalu pula, Hairuddin menjadi watak pemusnah bagi Negeri Sembilan apabila tandukannya berjaya menyamakan kedudukan buat The Red Warriors sebelum jaguh Pantai Timur itu menang 2-1.

Adebayor : Kehidupan di Manchester City 'Memeningkan'

LONDON - Penyerang Tottenhem Hotspurs, Emmanuel Adebayor berkata, kehidupan beliau di Manchester City seperti 'sakit kepala' dan tidak menyesal meninggalkan kelab tersebut.

Pemain yang berusia 27 tahun itu merupakan lebihan kepada syarat-syarat Etihad dan dibenarkan untuk menyertai Spurs menerusi pinjaman sepanjang musim.

Selepas tidak menjadi pilihan oleh Pengurus City, Roberto Mancini, dia kini telah menikmati dunia bola sepak di White Hart Lane.

Dan, dia telah membayangkan ingin berpindah secara tetap dengan memuji pengurus Spurs, Harry Redknapp.

Adebayor berkata: "Saya mendoakan City sentiasa maju jaya tetapi saya selalu berfikir, adakah saya sebahagian daripada pasukan itu? Tidak. Setiap kali saya terjaga untuk pergi menjalani sesi latihan, ia seperti 'sakit kepala'.

"Anda mahu berada di dalam sebuah rumah di mana anda berasa selesa. Walaupun rumah anda itu istana, anda juga mahu untuk disayangi dan anda mahu untuk berasa gembira.

"Di Tottenham (Hotspurs), setiap pagi apabila anda datang, anda melihat banyak melewati sekelompok pemuda yang bekerja keras di gymnasium untuk hujung minggu di mana ia menunjukkan satu petanda yang baik.

"Harry Redknapp adalah seorang pengurus yang hebat. Dia tahu bagaimana untuk bercakap kepada pemain.

"Anda perlu tahu kepercayaan daripada pengurus anda sendiri. Dia memberitahu anda hanya untuk pergi di luar sana dan melakukan perkara untuk anda.

"Itu adalah apa yang Harry lebih daripada orang lain," ujarnya

Ganjaran Lumayan Yang Diharapkan

MEGAH...skuad Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2010 mengalahkan  Negeri Sembilan 2-1.
MEGAH...skuad Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2010 mengalahkan Negeri Sembilan 2-1.
PUAS...Wan Jamak  dijulang pegawai PBNS selepas membawa skuad Rusa juara Piala Malaysia 2009.
PUAS...Wan Jamak dijulang pegawai PBNS selepas membawa skuad Rusa juara Piala Malaysia 2009.

SABAN tahun apabila kembalinya semula bahang final Piala Malaysia, antara perkara yang menjadi perbualan tentu sekali soal ganjaran terutama kepada pasukan yang berjaya menjulang piala berprestij itu.

Ya, isu ganjaran tidak boleh diketepikan dan seolah-olah menjadi budaya, baik kepada pasukan yang melangkah keluar stadium dengan kemenangan mahupun kepada pasukan yang kecundang.


Ia bermakna, Piala Malaysia bukan sekadar menawarkan piala yang sudah dijulang sejak 1921 itu, malah sebelum aksi final bermula, barisan pemain kedua-dua pasukan yang melangkah ke pentas final sudah boleh mengukir senyuman memikirkan akan ganjaran lumayan yang bakal diterima.

Perkara sama tidak terkecuali bakal diraih oleh Negeri Sembilan dan Terengganu yang bermati-matian beraksi pada pentas final malam tadi dengan kedua-dua kerajaan negeri sudah memberi isyarat bakal memberi ganjaran yang masih dirahsiakan.


“Sudah pasti ganjaran akan diberikan kepada skuad Negeri Sembilan apabila mereka menjulang Piala Malaysia.


“Sebelum ini kita memberi ganjaran kepada pemain apabila mereka layak ke peringkat suku akhir dan separuh akhir, malah melangkah ke peringkat akhir juga mereka menerima ganjaran,” demikian janji Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

Sementara Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu, Rozi Mamat berkata: “Saya yakin dan percaya kerajaan negeri akan melihat tentang soal ini (ganjaran).” Jika mengimbas kepada sejarah, tahun lalu, Kelantan yang menjulang Piala Malaysia selepas menewaskan Negeri Sembilan pada pentas final, menerima sumbangan sebanyak RM200,000 seperti yang dijanjikan oleh kerajaan negeri untuk diagihkan kepada semua pegawai dan pemain Kelantan.


Manakala Negeri Sembilan yang menjulang piala berprestij itu pada tahun 2009 sekali gus menamatkan penantian selama 61 tahun, turut mendapat ganjaran berjumlah RM200,000.

Bukan itu saja, malah skuad bola sepak Negeri Sembilan yang memenangi Piala Malaysia pada tahun itu turut mendapat penghargaan apabila mereka dikurniakan pingat sempena Hari Keputeraan Ke-62, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.


Bekas jurulatih Negeri Sembilan ketika itu, Wan Jamak Wan Hassan menerima pingat Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS) manakala 16 pemain skuad itu masing-masing menerima Pingat Jaksa Kebaktian (PJK).


Sementara pada 2008, kerajaan Kedah mengumumkan ganjaran tanah seluas dua hektar di Pokok Sena kepada pemain skuad Kedah yang muncul juara tiga piala dalam semusim untuk dua musim berturut-turut iaitu pada 2006/2007 dan 2007/2008. Kedah muncul juara Piala Malaysia pada kedua-dua musim itu.


Jelas sejarah lalu sudah membuktikan betapa Piala Malaysia bakal menjanjikan sesuatu yang istimewa baik kepada pemain mahupun pengurusan pasukan.


Tinggal lagi adakah ganjaran lumayan itu cukup berbaloi dengan aksi yang dipamerkan pada pentas final sekali gus memuaskan hati peminat fanatik mereka? Perkara itu yang sepatutnya menjadi keutamaan selain hanya memikirkan soal ganjaran.

Friday, 28 October 2011

After The Calciopoli Saga : Inter vs Juventus Become More ExcitingMore

This summer's renewal of the Calciopoli saga means justice can never be served regardless of the real truth, and the two giants meet this weekend with still no real answers

Fight - Juventus-Inter - Serie A (Getty Images)

"Io non rubo il campionato ed in Serie B non son mai stato"

"I don't steal the championship and have never been in Serie B"


- C'é solo l'Inter (the Inter club anthem)

With the resumption of the Calciopoli trial this summer, there was meant to be a final answer. Still, there hasn't really been one. And while the two main players in the whole affair will slug it out at San Siro on Saturday night, there may never be a definitive winner in the debate. Fans of both Inter and Juventus will always believe they were in the right and the other lot were in the wrong. And that is why it is now up there as the world's biggest football rivalry.

Forget Barcelona-Real Madrid, Fenerbahce-Galatasaray, Celtic-Rangers and Partizan-Red Star, forget even Boca Juniors-River Plate. The Derby d'Italia was sent hurtling through the stratosphere with the allegations regarding Inter's conduct in the Calciopoli scandal, making it a match not to be missed this weekend.

Though the sides have had a very long, very bitter history of run-ins, the stakes have been raised to immeasurable proportions in the past five years. And chief prosecutor Stefano Palazzi’s assertion that Inter were guilty of greater ills than the supposed original culprits Juve have brought to a head the deep feeling of hatred that has existed since the Bianconeri were first implicated in Calciopoli half a decade ago.

Since the whole case was originally blown open by a series of wiretaps set up by Telecom Italia, the Bianconeri have stood their ground in their belief that they had done nothing out of the ordinary and that Inter were among a number of clubs who would have been proven just as guilty as they were. Their cries of foul originally fell on deaf ears as they were demoted to Serie B and forced to start on minus 30 points (later reduced to -17, then -9) for offences that had never previously been punished with penalties of more than a few points.

Guilty? | Moratti is accused of speaking to referees and referee designators

It finally seemed as though they would be satisfied by the words of Palazzi in the summer, only to later find out that the Statute of Limitations in Italy would stop Inter from being stripped of the 2006 Scudetto they were awarded retrospectively. Only, how would Juve have ever been truly satisfied anyway? Italian football has changed irreparably in the five years that have followed, and with the loss of Champions League football and various star players came the immediate loss of status they'd taken years to build up.

It is now Inter’s turn to complain of victimisation, with president Massimo Moratti calling Palazzi’s statement an “unacceptable attack” on a club he’ll still claim is innocent of any charge. All this despite the discovery of countless wiretaps implicating him in attempts to influence referee designators, the same charge which resulted in Juve’s demotion, and points penalties for several other sides. There were even Article 6 violations by Inter, AC Milan and Livorno which would have seen the three clubs relegated had they been caught out five years ago, but the FIGC’s ineptitude in dealing with the case first time around has simply created a powderkeg.


IN NUMBERS
The damage caused by 2006
12
The number of trophies Inter have collected since the Calciopoli verdict.
1The number of trophies won by Juventus in the same time - and that was the 2007 Serie B crown.
6The top line Juventus first team players lost to other clubs in the firesale which followed the original verdict; Lilian Thuram and Gianluca Zambrotta to Barcelona, Zlatan Ibrahimovic and Patrick Vieira to Inter, and Emerson and Fabio Cannavaro to Real Madrid.
5Juve have finished in an average of fifth place since Calciopoli, coming third in 2008, second in 2009, and latterly recording two seventh-placed finishes.
14The number of goals scored (seven each) in the eight clashes between the sides since 2006. Juventus lead the head-to-head in that time with three wins to two.
So the rivalry that has in recent years been stirred up by claims and counter-claims can never now be resolved. Juventus could yet be given the moral victory of a token stripping of Inter’s 14th Scudetto in the courts next month, but it can do nothing to replace the last five years and will merely serve as evidence to back up their belief that their demise was almost entirely manufactured by the Nerazzurri.

Five league titles, two Coppe Italia, three Supercoppe and, most notably, one Champions League crown and Club World Cup later, Inter started this season in exactly the same position they would have anyway – with a squad built off the back of their position as the No.1 team in Italy that was assumed in the summer of 2006. Juve, meanwhile, are only just struggling back onto their feet five years after the carpet was ripped from under them. The mass exodus of players, the loss of titles, the humiliation of Serie B, the long, difficult road back… none of these things can be reversed despite the early progress made under new coach Antonio Conte.

So while Inter may well be called out once and for all as the real bad guys in one of Italian football’s greatest self-implosions, it is Juve who have paid the ultimate price. And Nerazzurri followers will tell you all the while that their good name has been besmirched by their greatest rivals. They’ll continue to sing “Io non rubo il campionato” and will still be able to boast “in Serie B non son mai stato”, however much Luciano Moggi et al question their right to do so

All of which means there is no going back. This is not racist chanting at Mario Balotelli or Samuel Eto’o. It is not Felipe Melo sparking a 20-man brawl with a crude foul. It is not flares being thrown between home and away sections. Nor is it even Piero Ceccarini failing to give a penalty against Mark Iuliano for a foul on Ronaldo. This is a whole new level. It is the calculated set-up aimed to destroy another club... but who are really the victims and who are the transgressors?

They will fight them in the boardrooms, they will fight them in the courts, and, finally, they will fight them on the pitch once more at San Siro on Saturday. The Derby d’Italia is about to go global – all thanks to the mistakes of 2006.

THE RIVALRY IN QUOTES
If I were in Moratti's shoes, I would have avoided going around telling everyone I was clean and honest for all these years. Now those phrases are even more shocking after the recent revelations

- Former Juventus sporting director Luciano Moggi

I am absolutely convinced that we have nothing to do with Calciopoli, so I hope and believe that justice will run its path... Juve should go on holiday and forget Calciopoli

- Inter president Massimo Moratti

It's always right to listen to men of a certain age, but Juventus plan their own holidays

- Juve owner John Elkann in reponse to Moratti

If we have to give back one title, then Juventus would have to give back more titles

- Ernesto Paolillo, the Inter CEO


Sultan Ahmad Ajak Gegar Stadium Shah Alam



SULTAN AHMAD SHAH meminta penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan mengetepikan isu kenaikan harga tiket final Piala Malaysia.


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah meminta penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan mengetepikan isu kenaikan harga tiket final Piala Malaysia.

Sebaliknya, baginda menyeru mereka datang beramai-ramai ke Stadium Shah Alam malam esok bagi memberi sokongan padu kepada pasukan masing-masing yang berentap memburu Piala Malaysia musim ini.

"Kalau dapat 80,000 orang datang adalah baik untuk kedua-dua pasukan, bukan kepada FAM.

"Kasihan juga pasukan negeri-negeri telah belanja berjuta-juta untuk memperbaiki pasukan masing- masing.

"Marilah kita beramai-ramai menyokong kedua-dua pasukan ini. Dalam masa sama, menolong menambahkan pendapatan daripada jualan tiket kepada kedua-dua pihak," titah baginda selepas merasmikan Kem Force 136, Rejimen 505 Askar Wataniah di Pekan semalam.

Turut hadir Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Terdahulu, FAM telah memutuskan harga tiket final bagi kesemua tempat duduk termasuk grandstandadalah RM50, manakala tiket bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun pula dijual pada harga RM5 seorang.

Bagaimanapun, harga tiket itu telah menimbulkan bantahan penyokong dan beberapa pihak lain dan menurut baginda, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad telah menjelaskan bahawa kenaikan harga tiket itu adalah bagi tujuan menampung pelbagai perbelanjaan yang meningkat.

Sultan Ahmad Shah bertitah, FAM tidak akan mengubah harga tiket yang telah dipersetujui bersama oleh kedua-dua persatuan bola sepak negeri berkenaan.

Bagaimanapun menurut baginda, FAM akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak selepas perlawanan itu bagi memastikan tidak wujud masalah pada masa depan.

"Tinggal beberapa jam lagi nak sepak mula, takkan nak tukar," titah baginda.

Bagi membantu penyokong, Kerajaan Negeri Terengganu memberi subsidi RM25 untuk 30,000 tiket yang diperuntukkan, manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) pula memberikan potongan RM20.

Ditanya mengenai penyokong yang menyalahkan FAM berhubung isu itu, Sultan Ahmad Shah bertitah: "Jawatankuasa (Tiket dan Pertandingan Tempatan) dah putuskan, ia baik untuk kedua-dua pasukan."

Mengulas mengenai kejadian melempar cat merah di Wisma FAM, Kelana Jaya yang dipercayai ada kaitan dengan isu kenaikan harga tiket itu, Sultan Ahmad Shah menyifatkannya sebagai perbuatan bodoh.

FAM Cuba Nak Pujuk

SELEPAS teruk dikritik kerana menaikkan harga tiket final Piala Malaysia sehingga RM50, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) cuba untuk ‘menyejukkan’ hati peminat bola sepak tanah air apabila membenarkan mereka masuk secara percuma menyaksikan perlawanan persahabatan skuad bawah 23 tahun negara menentang Laos di Stadium Shah Alam, Ahad ini, jam 4.45 petang.

Keputusan FAM itu pastinya akan disambut baik Ultras Malaya yang sebelum ini merungut kerana badan induk bola sepak tanah air itu mengenakan tiket RM20 bagi menyaksikan perlawanan skuad muda negara menentang Nepal dalam aksi persahabatan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 15 Oktober lalu.


Ketika ditanya apakah alasan di sebalik sifat ‘bermurah hati’ FAM kali ini, Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S Sivasundaram berkata, pihaknya sentiasa cuba membantu meringankan beban penyokong tempatan jika mampu berbuat demikian.

“Jika boleh, kami bagi masuk percuma, kami akan bagi. FAM akan cuba memberi keutamaan kepada penyokong bola sepak Malaysia,” katanya. ketika dihubungi Arena Metro semalam.


Sementara itu jurulatih negara, Ong Kim Swee menyambut baik keputusan FAM yang membenarkan penyokong Malaysia masuk secara percuma untuk memberi sokongan kepada anak buahnya menentang skuad bawah 23 tahun Laos.

Kaunter NS Kene Serbu

SELEPAS sambutan kurang memberangsangkan pada hari pertama dan kedua, penjualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam, malam esok, yang dijual di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, kembali rancak selepas pemberian diskaun RM20 oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) mulai semalam.

Ini berbeza apabila hanya 2,000 tiket dapat dijual sepanjang dua hari iaitu pada Isnin dan Selasa sebelum pemberian diskaun itu.


Timbalan Presiden Kelab e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan (N9futbol), Mohd Faidzul Mohd Noh menyambut baik langkah PBNS yang memberikan diskaun berbanding harga asal tiket bernilai RM50 kerana ia meringankan beban peminat untuk bertandang ke stadium bagi memberi sokongan kepada pemain Negeri Sembilan.

Menurutnya, walaupun kesal dengan sikap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bertegas tidak mahu menurunkan harga tiket, langkah PBNS memberikan diskaun RM20 itu melegakan ramai peminat setia skuad Hoben Jang Hoben.


“Saya yakin pengurangan harga tiket akan membolehkan lebih ramai penyokong pasukan membanjiri stadium Shah Alam, Sabtu ini sekali gus menyemarakkan semangat pemain untuk memberikan persembahan terbaik bagi mencapai kemenangan sekali gus menjulang Piala Malaysia,” katanya di Seremban semalam.


Sementara itu, Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS) menyediakan sebuah bas kepada penyokong Negeri Sembilan yang berminat untuk ke Stadium Shah Alam.

Presiden MBNS, Wan Mohamad Fazamy Wan Mohamad Razaly berkata, mereka yang berminat boleh menghubungi pejabat MBNNS melalui talian 012-3836109 .

Irfan Tak Cuak

GAYA ORANG LAMA...aksi Irfan  ketika  latihan, semalam.
GAYA ORANG LAMA...aksi Irfan ketika latihan, semalam.

PERANG psikologi yang mendakwa kononnya Piala Malaysia bakal menjadi milik Negeri Sembilan selepas Terengganu muncul juara Piala FA musim ini tidak sedikitpun merencat strategi jurulatih skuad Penyu, Irfan Bakti Abu Salim, sebaliknya jurulatih berpengalaman itu sudah mengadun resipi terbaik untuk menumbangkan lawan pada pentas final di Stadium Shah Alam, malam esok.

“Sekalipun pelbagai persepsi sengaja ditimbulkan sesetengah pihak menjelang perlawanan akhir, ia sedikitpun tidak menjejaskan perancangan saya.


“Malah semangat saya semakin berkobar-kobar untuk menyaksikan persembahan anak buah yang seakan mendapat nafas baru apabila mempamerkan kesungguhan setiap kali sesi latihan.

“Selain itu, saya juga sudah mengadun ramuan terbaik daripada segi fizikal dan mental untuk menyekat hajat lawan yang memburu kejuaraan selepas hasrat mereka untuk muncul juara musim lalu dihalang Kelantan.


“Saya juga percaya azam pemain yang tinggi untuk menambah koleksi kejuaraan kedua selepas muncul juara Piala FA, menambahkan lagi komitmen mereka untuk beraksi bersungguh-sungguh,” katanya. Terengganu menewaskan Kelantan 2-1 di final Piala FA, Jun lalu.


Selain itu, Irfan yang pernah melatih Negeri Sembilan pada 1999 berkata, beliau mempunyai dua misi yang perlu dilaksanakan pada aksi final, malam esok.

Misi pertama membantu Terengganu muncul juara kali kedua piala berprestij ini selepas mendakapnya pada 2001 dan kedua, menjulang piala itu buat kali pertama sebagai jurulatih.

“Sepanjang 20 tahun bergelar jurulatih, saya belum pernah mengecap nikmat menjulang trofi Piala Malaysia biarpun kerap bertukar pasukan seperti Negeri Sembilan, Perlis, Telekom Melaka dan kini Terengganu.

“Secara jujur, saya akui dengan peluang kali ini, di saat saya berusia 60 tahun, saya harap dapat menjulangnya.

“Saya yakin berbekal kemahiran individu tinggi dan semangat berpasukan pada setiap pemain Terengganu, kami mampu menang di Shah Alam,” katanya.

Bookies: Barcelona, Real Madrid, Levante, Sevilla & Valencia - Who will win La Liga?

Barcelona - Champions of Spanish league - La liga 2011 (Goal.com ar)
Mahmoud maher
Barcelona @ 1.53

There's little more that can be said about Pep Guardiola's side. They possess arguably one of the greatest players to ever play the game - Lionel Messi - and his supporting cast is a stellar one.

Following their imperious display last season, particularly in brushing aside Manchester United in the Champions League final, the fact that they seem to have strengthened the squad further is something that has the rest of Spain (and Europe) quaking.

If they are to further add to this squad, it's likely to be a central defender, addressing the only area of mild concern for the Blaugrana. With everything that Guardiola touches turning to gold, they're unsurprisingly massive favourites, but 1.53 is a short price for what would be a long-term investment.

Real Madrid @
2.50

It says something about this Real Madrid side that they only finished four points behind one of the best sides of a generation last campaign. Their win in the Copa del Rey final shows that they can beat Barca on their day and they have possibly the best squad on the planet.

Unfortunately, there is a sense of things turning into a bit of Mourinho sideshow at times, with the Spanish press - insatiable in their appetite for a story - only to happy to indulge his desire for publicity. The players on the pitch continue to do their job, though, and come May they will be in the hunt. A price of 2.50 is better value than Barca's price, but considering the season is likely to turn on the two Clasicos, it is still not particularly enticing.

Levante @ 251.0

Not many people expected Levante to be in the top half as we enter November, let alone top of the table. Theirs is a truly remarkable story that barely can be explained using the logical parts of the mind. A team of has-beens, also-rans and never-have-beens has somehow combined to perform as a devastatingly effective counterattacking unit that prides itself on its marvellous defence and sheer work rate.

Throw in some fairly astute management and you find a side that is punching above their weight but refusing to give up on the dream. Their odds of 251.0 are considerably shorter than the four-figure odds you would have found pre-season when you would have got 1000/1 at least. However, backing the current leaders for the title would be as effective a use of your money as throwing it into the Mediterranean Sea that lies just over a kilometre from their Ciutat de Valencia stadium.

Sevilla @ 151.0

The Andalusians showed that they could stand toe-to-toe with Barcelona as they gained a spirited (but also fortunate) draw at the Camp Nou. Their defence was an issue last term but they have tightened things up for the new campaign and only surprise-package Levante have a better rearguard so far.

If they can manage to find the net at the other end, then they will be hoping to keep pace with Spain's big two. Given that bet365 are offering4.0 for them to finish top without Real Madrid and Barcelona, that seems like excellent value. You'll get 151.0 for them to win it outright.

Valencia @ 101.0

Having sold talent of the level of David Villa, David Silva and Juan Mata over the last few years, it is a miracle - and testament to their youth setup - that Valencia continue to be in the mix for honours. Roberto Soldado is the key man for them up front and the signing of starlet Sergio Canales was aimed at providing him with the best service possible and fire them to a minimum of a Champions League place.

With news that Canales will miss up to six months through injury, there is a big gap in their creative talents - so it would no longer be tempting to back them for the title at 101.0 - although 2.10 without the big two is a better value bet.

Monday, 24 October 2011

Facebook Tempat Meluah Kegeraman Penyokong Terhadap FAM

GERAM...luahan penyokong Negeri Sembilan dalam facebook yang bengang dengan harga tiket RM50.

GERAM...luahan penyokong Negeri Sembilan dalam facebook yang bengang dengan harga tiket RM50.

SEBAIK mengetahui keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menetapkan harga tiket RM50 untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini, ramai penyokong pasukan finalis Terengganu dan Negeri Sembilan yang mengeluh.

Bagi mereka, harga tiket sekata untuk semua tempat duduk itu agak mahal jika dibandingkan tahun lalu apabila penonton mempunyai pilihan sama ada mahu membeli tiket berharga RM50 bagi tempat duduk grandstand dan RM30 untuk tempat duduk biasa di Stadium Nasional, Bukit Jalil.


Bagaimanapun menurut Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S Sivasundaram, pihaknya mempunyai alasan tersendiri dalam membuat ketetapan mengenai harga baru tiket itu.

“Dulu kita jual tiket RM50 dan RM30, ada penonton yang beli tiket RM30 kemudian lompat ke tempat duduk grandstand, sekarang kita buat keputusan untuk letak satu harga tiket saja.


“Duit kutipan tiket ini selepas ditolak dengan kos penganjuran akan diagih-agihkan sama rata kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan (PBNS), jadi pihak persatuan yang akan dapat duit ini.


“Duit yang dikutip ini dapat menampung kos perbelanjaan mereka selepas membentuk pasukan yang mantap bagi merebut Piala Malaysia. Ini perlawanan yang berprestij jadi adalah wajar dengan harga tiket yang dikenakan itu,” katanya yang dihubungi Arena Metro semalam.

Selain tiket berharga RM50 bagi dewasa, FAM juga mengeluarkan tiket berharga RM5 bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.


Sebanyak 65,000 tiket akan dijual bagi menyaksikan final Piala Malaysia kali ini dengan 30,000 tiket akan diagihkan sama rata kepada persatuan Terengganu dan Negeri Sembilan bermula hari ini.

Biarpun FAM mengenakan harga baru, Sivasundram tetap yakin penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan akan tetap membanjiri Stadium Shah Alam untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.


“Kami sudah berbahas mengenai harga tiket ini dalam mesyuarat sebelum ini dan tidak ada bantahan oleh kedua-dua pasukan. Saya tetap yakin semua 65,000 tiket yang dikeluarkan akan habis dijual,” katanya.


Sementara itu, pada sidang media perlawanan akhir Piala Malaysia semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan gelanggang perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Shah Alam.


Katanya, keadaan padang di stadium itu kini sedang dibaik pulih dan boleh digunakan pada final Sabtu ini selepas Stadium Nasional tidak dapat digunakan bagi kerja-kerja menaik taraf trek.


Final Piala Malaysia : TIket RM50

BAYAR harga tiket RM50 seorang. Mungkin ada yang merasakan ia agak mahal tetapi itulah harga yang perlu dibayar oleh peminat fanatik Terengganu dan Negeri Sembilan tidak kira tempat duduk biasa ataupun grandstand (tempat duduk utama) ketika aksi final Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Harga tiket bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun pula dijual pada harga RM5 seorang bagi ke- semua tempat duduk.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan bersama wakil kedua- dua pasukan semalam.

Menurut beliau, selain membanteras kegiatan 'ulat' tiket, pihaknya juga mengambil kira lokasi tempat duduk penonton yang dilihat tidak banyak perbezaan di Stadium Shah Alam serta ketiadaan ganjaran wang tunai sebagai hadiah untuk edisi kali ini.

"Saya akui harga tiket agak mahal berbanding final sebelum ini, iaitu lazimnya berharga RM30 bagi tempat duduk biasa dan RM50 untuk grandstand (tempat duduk utama).

"Namun, saya yakin ia tidak akan menjejaskan jumlah penonton kerana hasil penjualan tiket akan dibaha- gikan sama rata kepada kedua- dua pasukan, oleh itu penonton harus faham jika mereka sayangkan pasukan masing-masing," katanya kepada pemberita semalam.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S. Sivasundram; Timbalan Setiausaha Agung FAM, Ahmad Fuad Daud; jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah dan pe- nolong pengurus Terengganu, Sheikh Ahmad Tajuddin Sheikh Yusof.

Hamidin berkata, hanya 65,000 keping tiket sahaja yang dicetak untuk final kali ini, yang mana sebanyak 30,000 tiket akan diagihkan sama rata kepada kedua-dua pasukan untuk dijual di lokasi masing-masing bermula hari ini.

Jika habis dijual katanya, sebanyak 30,000 lagi keping tiket akan diagihkan sama rata kepada kedua-dua pasukan, manakala baki 5,000 tiket lagi akan dijual di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini.

Menurutnya, tiket juga dijual secara online menerusi www.tickethotline.com, manakala seramai 2,000 anggota keselamatan juga akan bertugas di stadium ketika final nanti.

"Selain itu, pasukan Terengganu juga akan turun selaku tuan rumah pada perla- wanan itu, dan penyokong pasukan tersebut dinasihatkan meletak kereta di kawa- san letak kereta N (berhampiran Giant dan Tesco), manakala penyokong pasukan Negeri Sembilan boleh meletak kenderaan mereka di kawasan W (berhampiran tapak go-kart).

"Penyokong Terengganu juga dinasihatkan masuk ke stadium menerusi pintu masuk C, manakala penyokong Negeri Sembilan masuk melalui pintu masuk A, yang mana kita akan memperketatkan kawalan pintu masuk dengan mengadakan pemeriksaan menyeluruh," katanya.

Ong Kim Swee Tak Tertekan

PENGENDALI skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Ong Kim Swee mengakui tidak tertekan apabila ana-anak buahnya sekadar menduduki tempat ketiga pada Kejohanan Jemputan Piala Vietnam (VFF) yang melabuhkan tirainya kelmarin.

Menurutnya, misi mempertahankan pingat emas temasya Sukan SEA di Jakarta, Indonesia bulan depan lebih menjadi keutamaannya berbanding gagal mencatatkan keputusan memberangsangkan pada kejohanan di Hanoi itu.

"Ini hanya kejohanan jemputan, itu peminat kena faham. Bagi saya, Piala VFF lebih kepada medan ujian membentuk pasukan yang mantap ketika di Jakarta nanti, itu yang lebih penting," katanya kepada Kosmo! semalam.

Pada kejohanan VFF itu, Harimau Muda yang berjaya mengumpul empat mata hasil satu kemenangan, satu seri dan satu kalah, menduduki tempat ketiga di belakang Uzbekistan (tujuh mata), Vietnam (lima mata), manakala Myanmar yang tewas dalam semua perlawanan, menghuni tangga tercorot pada kejohanan yang diadakan secara liga sepusingan itu.

Pasukan Harimau Muda yang sebelum ini tewas 1-3 kepada Uzbekistan pada perlawa- nan pembukaan kembali bangkit mencatat- kan kemenangan 2-1 ke atas Myanmar sebelum berjaya mengikat tuan rumah, Vietnam 1-1 menerusi sepakan percuma cantik kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar seminit sebelum babak pertama berakhir kelmarin.

Kim Swee bersama anak-anak buahnya yang berlepas pulang ke tanah air tengah hari semalam memberitahu, beliau berca- dang untuk mengadakan sekurang-kurangnya dua perlawanan persahabatan bertaraf antarabangsa sebelum sepak mula temasya Sukan SEA yang dijadualkan bermula 9 November depan.

"Buat masa ini, saya masih belum mengenal pasti dua pasukan lawan bagi aksi persahabatan itu yang dilihat begitu penting buat saya menyediakan pasukan terbaik bagi mempertahankan pingat emas di Jakarta nanti.

"Malah, senarai penuh pemilihan pemain yang akan dipanggil menjalani ujian sebelum ke Jakarta juga dijangka hanya dike- tahui selewat-lewatnya pagi 27 Oktober (Rabu)," katanya.

Malaysia yang diundi dalam 'kumpulan neraka' bersama beberapa gergasi Asia Tenggara seperti Thailand, Singapura dan tuan rumah, Indonesia bagi aksi Kumpulan A, dilihat berdepan tugas getir mempertahankan emas Sukan SEA di Laos dua tahun lalu.

Malaysia dijadualkan bertemu Singapura (9 November), Thailand (10 November), Kemboja (15 November) dan Indonesia (17 November), manakala aksi separuh akhir dan final diadakan pada 19 dan 21 Novem- ber.

Aksi Kumpulan B pula dilihat lebih memi- hak kepada naib juara, Vietnam yang dilihat lebih mudah menempah slot ke sepa- ruh akhir apabila diundi bersama Myanmar, Laos, Brunei, Filipina dan Timor Leste.

Selepas Jakarta, skuad bimbingan Kim Swee yang tewas 0-2 kepada Jepun bagi pusingan akhir aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia bagi Kumpulan C sebelum ini juga akan berdepan dengan Syria dan Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 23 dan 27 November depan.

Apa yang pasti, November depan akan menjadi bulan yang paling sibuk buat Kim Swee dalam mengharungi kedua-dua siri ujian terhebat itu, sekali gus menentukan sejauh mana kemampuan Harimau Muda - sama ada akan 'mengaum' atau sekadar 'mengiau' - di pentas antarabangsa selepas ini. Selamat maju jaya, Kim Swee!

N9futbol : Harga Tiket Tak Rasional

KELAB e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan (N9futbol) kesal dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia daripada RM30 musim lalu kepada RM50 tahun ini, kerana menyifatkan ia sesuatu yang membebankan peminat dan penyokong yang ingin bertandang ke stadium.

Timbalan Presiden, Mohd Faidzul Mohd Noh berkata, langkah yang dibuat badan induk bola sepak negara itu tidak wajar kerana kenaikannya terlalu tinggi dan disifatkan sebagai melampau selain boleh menggugat rasa minat penyokong untuk ke stadium.


Menurutnya, walaupun pihaknya difahamkan wang hasil kutipan tiket itu akan diserahkan kepada persatuan bola sepak negeri tapi itu bukan alasan yang sepatutnya dibuat bagi menaikkan harga tiket.

“Jika dibandingkan harga tiket pada 2009, FAM hanya mengenakan sebanyak RM20 bagi perlawanan akhir manakala mereka menaikkan kepada RM30 pada tahun lalu dengan alasan dan jaminan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di stadium tapi apa yang berlaku masih ada penyokong yang membawa bahan letupan ke dalam stadium hingga menjejaskan keselamatan.


“Apa rasionalnya FAM menaikkan lagi harga tiket bagi perlawanan akhir kali ini, adakah atas alasan yang sama sedangkan hakikatnya mereka gagal melaksanakan tanggungjawab sepatutnya,” katanya semalam mengulas mengenai kenaikan harga tiket perlawanan akhir yang akan mempertemukan Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini.


Mohd Faidzul berkata, pada ketika tahap kos hidup yang tinggi ketika ini, kenaikan harga tiket itu amat dikesali kerana membebankan orang ramai kerana mereka juga perlu menyediakan kos perjalanan.

Ferguson Masih Terpinga-pinga

LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson yakin skuad kendali- annya akan kembali bangkit selepas menerima tamparan hebat tewas 1-6 di tangan Manchester City dalam saingan Liga Perdana England kelmarin.

Lebih memalukan, kekalahan tersebut berlaku di hadapan ribuan penyokong skuad The Red Devils di Old Trafford.

Bagi City pula, ia merupakan kemena- ngan terbesar mereka ke atas United sejak Januari 1926.

Pada aksi tersebut, bintang muda Itali, Mario Balotelli dan penyerang Bosnia- Herzegovina, Edin Dzenko masing-masing meledak dua gol buat City, mana- kala Segio Aguero dan David Silva menjaringkan satu gol.

Gol saguhati United pula hadir menerusi jaringan yang dilakukan Darren Fletcher.

Sebagai rekod, ia merupakan kekala- han terbesar yang dialami Ferguson sepanjang kariernya bergelar pengurus serta pemain dan terburuk buat United dalam saingan Liga Perdana England.

Bagaimanapun, Ferguson yang menganggap layangan kad merah yang diterima tonggak pertahanan, Jonny Evans pada minit ke-47 sebagai punca kekalahan, percaya anak-anak buahnya akan kembali bangkit menjelang pertemuan menentang Aldershot Town dalam saingan Piala Liga awal pagi Rabu ini.

"Saya masih dalam keadaan terkejut dan saya masih belum boleh memperca- yainya. Ia merupakan kekecewaan yang sukar untuk digambarkan kerana kami beraksi dengan baik pada 10 minit pertama perlawanan.

"Saya sungguh tidak percaya apabila kami ketinggalan 0-1. Ketiadaan Evans yang diperintahkan keluar padang adalah punca kepada kekalahan dalam perlawanan ini.

"Namun ketika itu, kami masih belum menyerah kalah dan kami terus melancarkan serangan. Sepatutnya kami menamatkan perlawanan dengan kekalahan 1-3, 1-4 sahaja tetapi City berjaya menjaringkan lagi gol pada lewat babak perlawanan.

"Apa jua yang berlaku, kami perlu akur dengan kekalahan ini tetapi dalam sejarah United mengatakan bahawa kami akan kembali bangkit," kata Ferguson.

Bukan sahaja mengalami kekalahan memalukan, malah hasrat skuad The Red Devils untuk merampas kembali kedudu- kan selaku pendahulu liga juga tidak kesampaian.

Ketika ini, City selesa menerajui takhta liga dengan mengumpul 25 mata, lima mata meninggalkan United di tangga kedua.